Kejohanan Debat Antarabangsa Pelajar MUSLEH 2009

|

Pertandingan Debat Ala Parlimen Antara Sekolah-Sekolah diadakan untuk mencungkil bakat pengucapan umum yang terbaik dalam kalangan pelajar. Gelanggang perdebatan ini juga melatih pelajar-pelajar untuk mempertahankan hujah yang dibangkitkan dan disokong dengan bukti.

Selain itu, kepetahan dan kefasihan serta teknik pemikiran yang kritis digabungkan secara bersama dalam menyampaikan dan menyempurnakan perdebatan dengan sempurna.


Butir-butir kejohanan debat adalah seperti berikut:

Tarikh : 9-12 Julai 2009 (Khamis-Ahad)
Masa : Mula 2.30 PM (Pendaftaran)
Tempat : Hotel Putra, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, Malaysia



Kejohanan Debat ini akan dipertandingkan dalam 3 kategori iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.



KATEGORI DAN FORMAT
Pertandingan ini dibuka kepada 3 kategori iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Setiap pasukan diwakili oleh 4 peserta (3 peserta utama dan 1 peserta simpanan).

Pertandingan ini berdasarkan format Debat Ala Parlimen Malaysia yang mengaplikasikan sistem power match berkumpulan yang lazimnya digunakan dalam pertandingan-pertandingan antara universiti di peringkat antarabangsa. Melalui sistem ini, pertandingan akan diadakan secara kalah mati.


PENYERTAAN

Borang jawapan hendaklah diisi lengkap dan dihantar dengan kadar segera sebelum tarikh akhir permohonan penyertaan pertandingan debat pada 15 Jun 2009 untuk melancarkan segala urusan yang berkaitan.

Untuk download borang pendaftaran, sila klik di sini


YURAN

Yuran penyertaan untuk pertandingan ini adalah RM200 bagi setiap pasukan. Yuran ini TIDAK termasuk bayaran penginapan dan makanan untuk sepanjang tempoh pertandingan. Bagi pemerhati dan guru pengiring, bayaran yang dikenakan adalah RM50. Pembayaran hendaklah dilakukan pada hari pendaftaran.

Maklumat lanjut tentang yuran penyertaan, sila klik di sini


TEMA DEBAT

Usul-usul debat adalah berdasarkan 7 tema di bawah:

1) Politik
2) Ekonomi
3) Alam Sekitar
4) Sosial
5) Sukan
6) Kesihatan
7) Pendidikan


MAKLUMAT LANJUT DAN PERTANYAAN

Segala maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan boleh diajukan dengan menghubungi nombor-nombor berikut:

Pihak Sekreteriat Kejohanan Debat:

Prof Dr Noor Azlan Ahmad Zanzali (019-7133977)
Ustaz Shamsul (013-2758565)
En. Sidin (019-3171474)
Pejabat MUSLEH (03-41011562)

atau melalui e-mel:

mmmusleh@streamyx.com



Selamat Datang

|

Assalamualaikum kepada semua dan Selamat Datang ke Blog Debat MUSLEH.

Insya-Allah di blog ini akan dimuatkan dengan maklumat-maklumat terkini mengenai Debat MUSLEH. Segala berita dan pengumuman yang anda ingin tahu tentang Debat MUSLEH akan disediakan di blog ini.

Harap dengan wujudnya blog ini akan memudahkan segala urusan yang berkaitan dengan pertandingan Debat MUSLEH ini....Ameen...

Wasalam.